Sana sini begitu begini -  - Fotopages.com
<height>60</height>
Longleat Safari Park
<description>Menurut empunya cerita, Longleat ni merupakan `drive-in` safari yg pertama di luar Afrika. Ketika kami sampai, hujan masih turun. Nasib kurang baik, kebanyakan haiwan berteduh dan tidak bersiar-siar sebagaimana sepatutnya dalam safari. Bila dah hampir separuh jalan, barulah hujan berhenti. Tapi kami dah terlepas kawasan zirafah dan zebra. Cuma nampak dari jauh sahaja. Nasib baik banyak beruk-beruk yg menghibur hati...
Overall, lawatan ke sini kira ok lah. Kalau cuaca lebih baik, kemungkinan besar lebih menyeronokkan. Selepas drive-in safari, kami melawat pulak tarikan lain yg di taman ini. Hari ni kami sempat naik keretapi, melihat kebun rama-rama, mencuba adventure castle (utk bebudak sahaja), giant maze, pets corner, dan melawat Longleat House.
 :-D  
More pictures at  http://www.flickr.com/photos/kruskal_wallis/</description>
Elm Tree Cottage
<description>Elm Tree Cottage ialah sebuah BnB di Stapleford, Wiltshire. Sebaik sahaja kami sampai, salji pulak turun, tapi tidak berapa lebat. Hanya kami sahaja yang menyewa di situ pada masa yg sama, jadi, selain tuanrumah iaitu Joe dan Catherine Sykes, kami buat macam rumah sendiri.
Perkara pertama yg menarik tentang BnB ini ialah tamannya yg luas. Musim spring baru nak bermula, jadi tak banyak bunga yg dah kembang, tapi tamannya tetap menarik. Rekabentuk rumahnya juga menarik, satu bilik besar di bawah, dan dua bilik yg lebih kecil di loteng. Hiasan dalam cantik dan ada kelas; tisu tandas pun jenis yg mahal. Kami diberikan kesemua bilk2 yang ada. Walaupun sarapan pagi disediakan, kelengkapan memasak tetap disediakan, ada oven kecik dengan 2 hob, microwave oven dan cerek. Rempah ratus pun ada, cuma kari Babas je tak ade...
Tak sampai berapa minit check-in, bebudak terus ambil peluang berlari-lari di taman, tengok kambing yg ada 2 ekor. Board games pun ada a few.
Oxford
<description>Easter tahun adalah yg terawal dalam masa 60 tahun. Begitulah dengar ceritanya. Sempena cuti sekolah 5 hari, kami meronda ke Wiltshire. Dalam perjalanan, singgah bermalam di Oxford untuk melihat2 bandar yg terkenal dengan universitinya. Sebelum check-in di Travelodge, kami ronda2 dulu di bandar. Sempat jugak cari kedai kebab halal, `just in-case...'. Malang sedikit, cuaca tidak mengizinkan untuk berjalan-jalan dengan selesa. Cuma sempat singgah di pasar tertutup, serta beberapa kedai cenderamata yg buka semasa cuti easter.
Besoknya sebelum meneruskan perjalanan, ingatkan nak melawat bandar sekali lagi. Tapi cuaca makin teruk, jadi terpaksa dibatalkan.  Tak jadilah nak naik sampan (`punting'; pengalaman di Cambridge agak menyeronokkan) dan naik `open-top bus'. Sebelum meneruskan perjalanan ke Salisbury, sempat juga `singgah' jumpa doktor dulu ....
Sebelum sampai Salisbury, singgah di Stonehenge. Dah lalu kat situ, singgah la jugak nak ambik gambar. Punya lah ramai orang, tak tau apa yg sebenarnya menarik tentang batu ni. Kedudukan tempat tu yg di atas bukit lapang, membuatkan angin begitu kencang sekali. Nak pegang kamera pun jenuh. Sempat snap 4-5 kali, terus lari masuk kereta.
Dari dapur Kak Cah VI
<description>Hari Ahad lepas, makan tengahari ialah aYaM pAnGgAnG...!!!
Disebabkan ayam kali ini agak besar, nasi dimasak sedikit sahaja, takut membazir. Akhirnya tak seorang pun makan nasi; semua meratah ayam beserta salad dan timun.
Setelah diperap selama setengah jam, ayam dipanggang di tahap suhu 200 selama 2 jam. Dah boleh dimakan dah selepas 2 jam, tapi untuk menambah kegaringan, maka diteruskan panggangan selama setengah jam lagi di tahap suhu 150 (Tak pasti celcius atau fahrenheit; kat sini masih guna ukuran bukan metrik). Hasilnya, ayam yang cukup masak, bahkan lembut hingga ke dalam, dan garing di sebelah luar  :-D 
Dari dapur Kak Cah V
<description>Risotto Ayam
Bowling
This is the second time the kids are playing bowling, but the first for Mak. It was at the same place; The Gallery at the `original' Washington.
In the end, everybody enjoyed the time, except Aisyah who felt that 3 games were too much for the day! Well, next time we'll do just 2.
Autumnwatch
<description>Colours on the trees....
Dari dapur Kak Cah IV
<description>Bila dah jemu makan kari,
Cubalah pula lain masakan. 
Ada pilau, pizza, dan tandoori,
Cokodok juga jadi pilihan. 
Dr Khairul
<description>Alhamdulillah, saudara Khairul telah ber'title' Dr. Sebelum beliau balik ke Kota Baghu, kami jemput iftar dan makan malam. Selepas ini tak tahu lagi bila boleh bertemu. Semoga Dr Khairul terus sukses dalam tugas beliau di Kuale Trengganung...</description>
Dari dapur Kak Cah III
<description>Hari ini kueh pau menjadi pilihan. Intinya kaya atau kelapa manis. Siapa kata pau Tanjung Malim paling sedap?  :P </description>