Want your
own Fotopage?






 
Sana sini begitu begini

By: Kruskal Wallis

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Friday, 30-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark


Care to comment?


Thursday, 29-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark

 
 

Care to comment?


Saturday, 10-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Amin

..di dalam rumah..
..dan di luar rumah.
Yg datang lewat...
View all 10 photos...
Hari ini Sheikh Amin mengadakan kenduri kesyukuran, antaranya meraikan ulangtahun Ain. Hampir semua warga Durham hadir, beserta keluarga masing-masing.

Alhamdulillah..........Mad Chemist tu adik kepada kakak ipar saya........Selamat menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak Tue 4-Oct-2005 00:18
Posted by:yangmazni  - [Link]
..adik kpd abang ipar, hmmm,....shushah nak compute tu...anyway, selamat beribadah di bulan Ramadhan kpd PokYa/YangMazni sekeluarga jua... Sat 15-Oct-2005 09:56
Posted by:k w
Add comment


Thursday, 1-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Druridge Bay

Cepat bukak kasut...
Jom main air laut.
Pantai yang luas dan cantik, dan tak ramai orang.
View all 16 photos...
Sempena hari kebangsaan semalam, hari ini kami pergi `explore' kawasan pantai di Druridge Bay, lebih kurang 1 jam suku memandu ke utara Durham. Pantai yang luas dan cantik merupakan sebahagian daripada National Park. Untuk sampai ke pantai, terpaksa melalui di celah sand dunes yang tinggi, terjadi akibat pasir yang dilonggok oleh tiupan angin.

Picnic area pun cantik. Boleh main bola, boleh baring, boleh BBQ.

mana gambar mandi dalam laut nyer mate...takkan sejuk lagi kot Mon 5-Sep-2005 21:17
Posted by:John Doe Lee
mandi?....basah had buku lali je. Sejukkk... Tue 6-Sep-2005 11:10
Posted by:k w
Add comment


Tuesday, 30-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
BDay Aisyah

Semua nyanyi...
Kek vegetarian Tesco aje yg ada.
Baca doa, tak payah tiup lilin.
Quote:
Alhamdulillah, hari ini Aisyah berumur 2 tahun. Lahir di salah sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, tak sampai 2 jam sebelum laungan `Merdeka' bergema. Doktor tu tanya jugak, nak anak Merdeka ke? Tapi ibu yang sedang kesakitan tak larat nak tunggu dah...



selamat hari jadi aisyah... dah besar dah.. Fri 2-Sep-2005 01:46
Posted by:mak teh
Salam Kemerdekaan dan Selamat Hari Lahir....wah kamu parti sakan mate kat sana..... Mon 5-Sep-2005 21:19
Posted by:John Doe Lee
Syawqi( if you're reading this).. happy birthday..semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki.... from all of us in Durham Fri 9-Sep-2005 10:52
Posted by:k.chah
View all 6 comments Add comment


Saturday, 27-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Fruit Picking + Chester

Ahnaf dan epal.
Cari buah plum masak dulu.
Susah nak nampak kalau tak diselak.
View all 14 photos...
Hari ini lima kereta menghala ke arah Chester untuk fruit picking. Kebun yang dilawati tidaklah secantik mana, semak aje. Tapi ada plum, apple, pear, dan beberapa jenis berries. Buah plumnya cukup manis, semanis rambutan (rambutan yang manis la...). Betapa tak sedapnya plum yang dijual kat Tesco tu...

Selepas itu kami terus ke bandar Chester, di mana terdapat `walled-city'. Sedikit macam China's great wall, tapi much smaller scale. Bandarnya cantik, dan begitu ramai orang. Chester juga terletak dalam perjalanan ke North Wales (yg belum pergi lagi tu...).

salam merdeka yang ke 48 Wed 31-Aug-2005 09:16
Posted by:KNizam  - [Link]
kami kat sini pun fruit picking jugak.....buah anggur hitam dan buah nashi. Wed 31-Aug-2005 12:09
Posted by:John Doe Lee
Add comment


Friday, 26-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark

Hello hello ?
Kereta ni boleh diangkat menggunakan pulleys.
Kat belakang tu enjin stim lokomotif.
View all 13 photos...
Hari pertama dimulakan dengan lawatan ke muzium sains dan teknologi. Besar muzium ni, ada 4 dewan. Banyak bahan pameran bersifat interaktif, memberikan kepuasan kepada bebudak. Mak bapak pun boleh lepas tangan. Disebabkan hari Jumaat, lawatan terpaksa dihadkan ke jam 1.00 sahaja.

Sebelah petang, kami ke Liverpool, specifically di sekitar Albert Dock. Ada 2 muzium di situ, Life Museum dan Maritime Museum. Sempat masuk yang pertama sahaja. Kawasan di Albert Dock agak sejuk, dengan angin yang sentiasa bertiup kencang. Mungkin cuacanya memang begitu, kerana berada di tepi laut.

Care to comment?


Thursday, 25-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Manchester 2

Trafford Centre - macam Mahkota Parade.
Bila dapat popcorn...
Posing sikit.
View all 8 photos...
Alhamdulillah, sempena minggu kedua terakhir cuti sekolah, kami dapat juga melakukan lawatan kedua ke Manchester. Terima kasih keluarga Faizo/Yan yang sudi menerima. Aktiviti2 di Manchester seringkali diiringi juga oleh beberapa warga Cheetam Hill yang lain, menjadikan ianya cukup meriah.

Sikit malang apabila kami ke sana diiringi juga oleh angin sejuk dan hujan. Pun begitu, program2 tetap berjalan baik. Malam pertama, Faizol buat projek sate ayam. Tak payah perap; gaul, cucuk dan terus bakar guna disposable bbq set. Disebabkan hujan, bakar di dalam rumah, menyebabkan jerebu teruk, indeks kadar merbahaya.

jangan ingat kat Msia je ade jeghubu...kat manchester pun boleh...nak makan sate punya pasai... Thu 8-Sep-2005 14:20
Posted by:Yan
Add comment


Sunday, 31-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Leave Stirling / Edinburgh

Rumah Farazi kat atas kedai biru dekat telefon merah.
Pemandangan biasa.
Dari tingkap Farazi...
View all 18 photos...
Setelah 9 malam berkampung kat bandar Stirling, it's about time we went back to Durham. Rumah pun dah sejuk bedi kot. Entah2 'slug' sedang bermaharajalela kat dalam rumah.

Quote:
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada keluarga Farazi dan Yati kerana menerima kami selama 10 hari. Lama tu....


Dlm perjalanan, singgah pulak di Edinburgh. Setelah berpusing-pusing sekitar bandar (signboards tak cukup bagus), akhirnya dapat sampai tempat di tuju untuk parking kereta dan menaiki bas 'sightseeing'. Tambang sekeluarga 19.50. Kali ini komentari secara 'live'. Pandai buat kelakar pulak pakcik tu. Joke tentang bangunan parlimen baru Scotland tu yang paling best.

bila tour wales pulak...... Thu 18-Aug-2005 04:42
Posted by:babah yayan  - [Link]
Add comment


Saturday, 30-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Loch Lomond

Singgah kat car-boot sekejap.
Sekitar information centre.
 
View all 9 photos...
Hari ni kami ke Loch Lomond, nak berBBQ cadangnya. Bahan2 yang disediakan termasuklah ikan, sausages dan ayam. Tak ketinggalan nasi putih, yang akhirnya tidak mendapat sambutan kerana bebudak dah kenyang dengan ayam dan sausages.


anggur......oishiiiiiiiii tu.... Thu 11-Aug-2005 13:35
Posted by:babah yayan  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.