Want your
own Fotopage?






 
Sana sini begitu begini

By: Kruskal Wallis

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Thursday, 28-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark

Lawatan pertama ke Cathedral. Yg ni posing atas jambatan.
Sekali lagi.
Kat depan Cathedral.
View all 12 photos...
Bro Bad dan Kak Izah sekeluarga, beserta dengan Atuk, bercuti ke Durham. Kat Durham ke mana lagi kalau tidak ke Cathedral dan Market Square. Lebihnya duduk rumah main billiard. Di hari Aidiladha pergi ronda ke Manchester. Selepas tengok stadium MU, pergi makan di Cheetam Hill. Selain itu pergi Newcastle makan kebab dan shopping, sementara ada sale tahun baru.

Kami dah berjaya jumpa fotopage Abg Anesee and family.....Best2...kami akan ikut jejak langkah berjalan2...lepas ni kami akan berguru untuk dapatkan senarai tempat2 yang 'wajib' kami pergi.... Fri 27-Apr-2007 15:32
Posted by:syahmi & shukriah
woit...dah masuk bulan mei dah ni.....tak ada gambar baru ke.... Tue 8-May-2007 09:09
Posted by:babah yayan  - [Link]
happy b'day Wed 16-May-2007 18:15
Posted by:Mr. X
View all 6 comments Add comment


Monday, 28-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Disneyland Park

Belum masuk lagi dah bergaya dgn baju hujan
Princess pertama
Princess kedua
View all 24 photos...
Hari ni barulah masuk Disneyland Park. Malang sikit hari hujan, walaupun tak lebat tetapi lama-lama kuyup le jugak. Pakcik kat gerai menjual raincoat tu tak menang tangan melayan pelanggan. Satu raincoat harganya 7 euro utk dewasa dan 4 euro utk saiz kanak-kanak. Disneyland untung besar jual raincoat hari tu.

fuyooo......dah sampai Euro Disney.......bila pulak nak tour europe.......PTK amacam...bila nak amik.....suraya jaga yg bulan 3......bulan 5 dia nak branak dah.......apasal parazi punya kena pakai password......takut atok kutuk ke...... Mon 29-Jan-2007 04:32
Posted by:babah yayan  - [Link]
murah baju hujan tu mate..yang loyot beli kat Universal Studio of Japan, Osaka lagi mahal. Fri 10-Aug-2007 11:13
Posted by:atoque
Add comment


Sunday, 27-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark

Enjoying gift dari Eurostar.
Ada la benda nak buat, especially ketika gelap dlm tunnel.
Enjoying the ride.
View all 14 photos...
Ashford International macam airport, kena scan beg dan check passport. Ruang menunggu hampir sesak dengan penumpang. Sebaik sahaja settled dlm keretapi, baru terasa lega. Lebih kurang 10 minit meninggalkan stesen, keretapi mula memasuki tunnel di bawah English Channel. Selepas 20 minit, barulah nampak cahaya matahari semula. Sebaik sahaja keluar tunnel, Eurostar mula bergerak dengan kelajuan optimanya, 300 kmj. Tapi dari dalam tak terasa sebegitu laju.

Bas utk ke hotel Explorer berwarna pink. Kami beruntung kerana hotel kami adalah singgahan bas yang pertama, tak payah pusing jauh2 ke hotel2 lain. Paling seronok, hotel ini ada kolam renang dengan slide yang tinggi dan menarik.

Selepas mandi di kolam, kami bersiap untuk keluar. Tiket masuk hanya sah bermula besok, jadi hari ini kami cuma melawat Disney Village yang tak perlu pas.

bestnyer jenjalan camni kan

visit malaysia 2007 malaysia, truly asia
jom jalan2x semuanya ada di malaysia
Fri 8-Dec-2006 00:12
Posted by:KNizam  - [Link]
Paris Disneyland best juga tu....mana gambar gambar masuk dalam Paris Disneyland mate....nak tengok juga Sat 16-Dec-2006 11:01
Posted by:atoque  - [Link]
Waa bestnyer gi Disney Paris, saya pun nak tengok gak gambarnyer tuan..... Wed 20-Dec-2006 15:19
Posted by:Syah sekeluarga  - [Link]
Add comment


Saturday, 26-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Trip ke Paris

Sedap tidor dlm kereta ni.
Afnan sedari dulu kurang tidor dlm kereta.
Approaching tolled bridge over Thames.
View all 9 photos...
Hari ni kami bertolak dari Durham memulakan perjalanan ke Paris. Disneyland to be exact. Among the alternatives, kami memilih untuk menaiki keretapi Eurostar. Boleh naik dari London, tetapi untuk mengelak dari memasuki London, kami pilih naik dari Ashford. Dari Durham ke Ashford naik kereta lebih kurang 5 jam memandu. Ketika melintasi Cambridge, terasa nak singgah semasa perjalanan pulang nanti Insyaallah.

Setelah check-in, abah, Ahnaf dan Aisyah keluar semula untuk `reccee' stesen keretapi Ashford International . Lepas tu singgah LiDL kejap, beli roti untuk dinner.

wah hebat nko mate pergi Disneyland Sat 16-Dec-2006 10:58
Posted by:atoque  - [Link]
Add comment


Sunday, 30-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
BBQ lagi - Lake District

Jalan jammed pasal ada traktor bawak jerami.
Nasib baik dia belok.
Pilih spot yg baik.
View all 25 photos...
Hari ni kami nak ke Lake District, nak BBQ kat tepi tasik pulak. Dari Durham ke Penrith mengambil masa sekitar 2 jam setengah. Setelah mendapatkan maklumat lokasi dari Information Centre Penrith, kami pun terus menuju destinasi di tepi tasik Ulswater. Walaupun ramai orang, Alhamdulillah kami dapat jugak spot menarik untuk bentang hamparan. Budak-budak terus cari air, mak bapak budak terus mula nak masak. Apalah ertinya berkelah kalau tak makan!

Dalam perjalan pulang kami melencong sedikit ke arah Windermere, bandar yang lebih besar di selatan Ulswater. Cantik bandar ni, tapi sayang tak boleh stay lama kerana masa tidak mengizinkan.

aktiviti berkeluarga yg best ...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
"Capturing the moments and blooming of colours"
Thu 5-Oct-2006 14:07
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
mana gambar baru mate. Selamat Hari Raya. Thu 26-Oct-2006 05:47
Posted by:atoque
Bila aku tengok gambar gambar kau ni mate, kenangan mengusik jiwa betul lah dengan pengalaman aku pergi ke tempat tempat tu dulu... Thu 26-Oct-2006 05:49
Posted by:atoque
Add comment


Friday, 28-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Singgah di Blackburn

Keluarga Farazi mencuba kasut 'baru'...
Depan kedai dgn bondongan kasut.
Besar kawasan parking masjid ni.
View all 11 photos...
Dalam perjalanan pulang dari N Wales ke Durham, kami 'detour' dan singgah di Blackburn. Sebagaimana sedia maklum, keistimewaan bandar ini ialah KEDAI KASUT!. Ada dua kedai, satu yg menjual kasut baru pada harga kompetitif, dan yg lagi satu menjual kasut terpakai pada harga yang tiada bandingannya.... Kebanyakan kasut yg dijual berjenama Clark. Paling mudah nak dapatkan kasut sekolah anak-anak di sini. Di tempat lain tak boleh jumpa kasut kulit sekolah dengan harga 50 pence...kasut bersaiz dewasa tak banyak, kalau ada rezeki baru dapat. Harga tidak melebihi 4 pound.

Selepas bertanya dengan orang 'tempatan', kami singgah di masjid Blackburn. Besar rupanya masjid ini. Cukup selesa. Selepas solat, kami singgah pulak di stadium Blackburn Rovers. Bukannya minat pun team ni, tapi singgah aje lah. Elok pulak kedai sukannya ada 'sale'. Dapatlah Ahnaf boot bola yang diperlukan untuk sekolah pada harga bawah 10 pound.

Mate, kau tak pi makan kebab kat kedai Pakistan tu pulak. Banyak betul borong kasut. Kasut yang aku beli dulu tu pun masih elok lagi digunakan sampai sekarang. Kalau beli untuk pakai kerja, alamatnya sampai pencenlah kau pakai kasut Clark tu. Sun 27-Aug-2006 20:56
Posted by:Atoque
assalamualaikum...... salam ukhwah dari japan ........ khas buat pendidikan anak-anak secara online ...
http://www.scorea.aridztech.com/scorea.html
http://www.scorea.com.my/bm/index.cfm
Thu 31-Aug-2006 02:25
Posted by:me ainhardy92@yahoo.com  - [Link]
Mate, tak jumpa la kedai Paki, kalau jumpa memang singgah punye. Nak korner ke Cheetam Hill jauh sangat. Tue 5-Sep-2006 09:30
Posted by:kw
Add comment


Wednesday, 26-Jul-2006 09:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan di N Wales

Tulah caravan kami.
Tu karavan Farazi sefamili.
Dari atas tangga Conwy Castle.
View all 14 photos...
Dari Prestatyn kami menghala ke barat, arah ke Conwy melalui Rhyl. Di Conwy singgah melawat Conwy Castle. Seperti kebanyakan castle berdekatan laut, ia dibina di atas bukit menghadap ke laut, jadi pemandangan dari atasnya cantik. Maklumat tentang sejarah castle pun banyak dipamerkan, jadi walaupun castlenya tidak indah, lawatan tidak menjemukan.

Dari Conwy kami bergerak ke barat lagi ke Bangor. Mula-mula singgah di Penrhyn Castle, tapi disebabkan tidak mahu bayar tiket lagi, kami ambil gambar di depan pintu sahaja lah.... Dari situ kami melintas Menai Bridge dan kemudian melalui jalan berliku antara bukit dan laut menuju ke Beaumaris. Di sini tak masuk pun dalam castle, lagi seronok main bola dan frisbee di padang, sementara kaum ibu meronda bandar Beaumaris.

seronoknya dpt gi castle.. jauh perjalanan luas pemandangan.. Sat 19-Aug-2006 04:57
Posted by:makteh
Add comment


Monday, 24-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
BBQ di pantai Prestatyn.

Pakar BBQ impot.
Bebudak bagi main dulu.
Dapat teduh sikit pun jadi lah...
View all 10 photos...

mate, kau cakap dengan mamat Pakar BBQ import ni. Fotopages dia aku tak boleh buka lagi sebab ada password. ENtah apa benda dalam fotopages dia sampai kena password macam dalam bank. Sun 27-Aug-2006 20:59
Posted by:Atoque
Add comment


Sunday, 23-Jul-2006 15:00 Email | Share | | Bookmark
Prestatyn, North Wales

Hilangkan lenguh apabila sampai.
Bagi bebudak makan dulu.
Bapak budak tunggu dulu.
View all 9 photos...
Alhamdulillah, hasrat utk bercuti ke North Wales tercapai. Bonus apabila keluarga Dr Stirling turut serta. Cuaca pun bagus, panas 'almost' macam pantai Morib. Caravan park tempat tinggal tu pun 'not bad', ada kawasan lapang tempat bebudak main bola. Kat situ lah juga mak bapak join untuk lunch dan dinner atas rumput. Pantai pun dekat, 'five minutes walk', tapi 10 minit baru sampai.

itu kereta nak bawa balik malaysia ke mate? atau kereta lama dah lingkup, ambil kereta baru untuk pakai main-main lagi? kaya betul orang UK, boleh tukar-tukar kereta beberapa kali yang suka. Kami kat Jepun ni nak tukar kereta susah, parking kena bayar... Fri 11-Aug-2006 23:17
Posted by:Atoque
Kereta baru mate, tak sampai 3 bulan. Tapi tak boleh bawak balik, pasal bukan ese yg punyo.... Sat 12-Aug-2006 22:06
Posted by:kw
Add comment


Tuesday, 4-Jul-2006 11:40 Email | Share | | Bookmark
South Shields

Angsa suka makan ghotee...
Banyaknya angsa datang
..nak lagi boleh?
View all 11 photos...

wooooo......amacam summer......jalan mana pulak kali ni.... Tue 1-Aug-2006 07:07
Posted by:babah yayan
wow, seronok nampakgambar masa summer ni mate!!! Sure budak-budak enjoy sakan masa summer ni kat UK. Wed 2-Aug-2006 19:06
Posted by:Atoque
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.