Want your
own Fotopage?






 
Sana sini begitu begini

By: Kruskal Wallis

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 1-Apr-2008 15:29 Email | Share | | Bookmark
Longleat Safari Park

Beratur nak masuk dalam hujan.
Haiwan pertama kelihatan.
Kat situ depa berteduh....
Zebra tu pergi `test' hujan dulu.
Pelican ni pun tak suka hujan.
Anak beranak berteduh. Semasa salji, bagaimana le gamaknya...
Baru ada beberapa ekor yg keluar.
Zirafah kat sana tu dah keluar.
Aksi beruk baru bermula.
View all 35 photos...
Quote:
Menurut empunya cerita, Longleat ni merupakan `drive-in` safari yg pertama di luar Afrika. Ketika kami sampai, hujan masih turun. Nasib kurang baik, kebanyakan haiwan berteduh dan tidak bersiar-siar sebagaimana sepatutnya dalam safari. Bila dah hampir separuh jalan, barulah hujan berhenti. Tapi kami dah terlepas kawasan zirafah dan zebra. Cuma nampak dari jauh sahaja. Nasib baik banyak beruk-beruk yg menghibur hati...

Overall, lawatan ke sini kira ok lah. Kalau cuaca lebih baik, kemungkinan besar lebih menyeronokkan. Selepas drive-in safari, kami melawat pulak tarikan lain yg di taman ini. Hari ni kami sempat naik keretapi, melihat kebun rama-rama, mencuba adventure castle (utk bebudak sahaja), giant maze, pets corner, dan melawat Longleat House.









More pictures at http://www.flickr.com/photos/kruskal_wallis/

tuan,kawan nak pegi futher study kat durham uni. boleh bagi email tak, ada nak tanya sikit Mon 28-Apr-2008 10:45
Posted by:fadli fadli@jpa.gov.my
Saudara Fadli,

sila emel kruskal_wallis@yahoo.com. Emel tuan dialu-alukan.
Tue 29-Apr-2008 11:48
Posted by: k w  - [Link]
woit, bila nak balik...angkat set satu....boleh tebas kat kgpa.... Thu 15-May-2008 16:11
Posted by:babah yayan  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 31-Mar-2008 10:07 Email | Share | | Bookmark
Elm Tree Cottage

Taman di belakang.
Dapur.
Jalan kat belakang.
 
 
Board game.
View all 8 photos...
Elm Tree Cottage ialah sebuah BnB di Stapleford, Wiltshire. Sebaik sahaja kami sampai, salji pulak turun, tapi tidak berapa lebat. Hanya kami sahaja yang menyewa di situ pada masa yg sama, jadi, selain tuanrumah iaitu Joe dan Catherine Sykes, kami buat macam rumah sendiri.

Perkara pertama yg menarik tentang BnB ini ialah tamannya yg luas. Musim spring baru nak bermula, jadi tak banyak bunga yg dah kembang, tapi tamannya tetap menarik. Rekabentuk rumahnya juga menarik, satu bilik besar di bawah, dan dua bilik yg lebih kecil di loteng. Hiasan dalam cantik dan ada kelas; tisu tandas pun jenis yg mahal. Kami diberikan kesemua bilk2 yang ada. Walaupun sarapan pagi disediakan, kelengkapan memasak tetap disediakan, ada oven kecik dengan 2 hob, microwave oven dan cerek. Rempah ratus pun ada, cuma kari Babas je tak ade...

Tak sampai berapa minit check-in, bebudak terus ambil peluang berlari-lari di taman, tengok kambing yg ada 2 ekor. Board games pun ada a few.

Care to comment?


Saturday, 29-Mar-2008 16:46 Email | Share | | Bookmark
Oxford

Punts.
Cerah, tapi sejuk.
Bas dengan plat nombor khas.
View all 18 photos...
Easter tahun adalah yg terawal dalam masa 60 tahun. Begitulah dengar ceritanya. Sempena cuti sekolah 5 hari, kami meronda ke Wiltshire. Dalam perjalanan, singgah bermalam di Oxford untuk melihat2 bandar yg terkenal dengan universitinya. Sebelum check-in di Travelodge, kami ronda2 dulu di bandar. Sempat jugak cari kedai kebab halal, `just in-case...'. Malang sedikit, cuaca tidak mengizinkan untuk berjalan-jalan dengan selesa. Cuma sempat singgah di pasar tertutup, serta beberapa kedai cenderamata yg buka semasa cuti easter.

Besoknya sebelum meneruskan perjalanan, ingatkan nak melawat bandar sekali lagi. Tapi cuaca makin teruk, jadi terpaksa dibatalkan. Tak jadilah nak naik sampan (`punting'; pengalaman di Cambridge agak menyeronokkan) dan naik `open-top bus'. Sebelum meneruskan perjalanan ke Salisbury, sempat juga `singgah' jumpa doktor dulu ....

Sebelum sampai Salisbury, singgah di Stonehenge. Dah lalu kat situ, singgah la jugak nak ambik gambar. Punya lah ramai orang, tak tau apa yg sebenarnya menarik tentang batu ni. Kedudukan tempat tu yg di atas bukit lapang, membuatkan angin begitu kencang sekali. Nak pegang kamera pun jenuh. Sempat snap 4-5 kali, terus lari masuk kereta.



tuan rumah tumpang promote ya.
DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT.
mau tambah pendapatan?try dis..very interesting...SERIES...comes and joins us
click here http://www.perigiduit.com/?ref=fiera08
xperlu pikir panjang
ape tggu lagi?
Sat 29-Mar-2008 21:23
Posted by:wealthy  - [Link]
Add comment


Monday, 17-Mar-2008 21:56 Email | Share | | Bookmark
Dari dapur Kak Cah VI

Bancuh `mashed potato' segera.
Kacau sehingga gebu.
Inilah bahan-bahannya.
View all 10 photos...
Quote:
Hari Ahad lepas, makan tengahari ialah aYaM pAnGgAnG...!!!

Disebabkan ayam kali ini agak besar, nasi dimasak sedikit sahaja, takut membazir. Akhirnya tak seorang pun makan nasi; semua meratah ayam beserta salad dan timun.

Setelah diperap selama setengah jam, ayam dipanggang di tahap suhu 200 selama 2 jam. Dah boleh dimakan dah selepas 2 jam, tapi untuk menambah kegaringan, maka diteruskan panggangan selama setengah jam lagi di tahap suhu 150 (Tak pasti celcius atau fahrenheit; kat sini masih guna ukuran bukan metrik). Hasilnya, ayam yang cukup masak, bahkan lembut hingga ke dalam, dan garing di sebelah luar





hi kak chah, looks like u're in uk, mesti tgh 'sejuks' skrng kan!

nak tny, ape bahan perap yg kak chah pakai? mcm melting & tempting je! hehe..

leh kongsi sikit? thx in advance!
Sat 29-Mar-2008 17:48
Posted by:salwa
Hello salwa, memang sejuk brrrrr . Perapnye bawang merah putih paprika, cili kering garam santan,asam limau-lemon jus dan gula. Mon 31-Mar-2008 10:53
Posted by:wife of kw
Add comment


Monday, 10-Mar-2008 20:28 Email | Share | | Bookmark
Dari dapur Kak Cah V

Ayam baru digoreng.
Kuah di atas tungku.
Sosej untuk dicampur kedalam kuah.
View all 9 photos...
Risotto Ayam


orgnye x pernah la saya jumpe.. jumpe masa wat analisa satistik je..
Wed 12-Mar-2008 05:31
Posted by:nhalilah  - [Link]
Risotto ni boleh buat macam-macam,yang atas tu masak dgn chicken stock and spices lepas tu serve on the casserole like chicken dish, boleh jugak letak parmesan cheese on top but I felt it was tu lemak and kami out of parmesan ari tu. he he hope it helps. Wed 12-Mar-2008 11:26
Posted by:Wife of kw
sedapnya menu ni.....
so far tak pernah buat lagi. tengok nama saja dah macam resepi ITALY lah
Wed 12-Mar-2008 12:32
Posted by:dOd  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 27-Feb-2008 13:59 Email | Share | | Bookmark
Bowling

Ahnaf having a go.
Afnan watching his ball go. Where is it?
Unorthodox style...
View all 6 photos...


Quote:

This is the second time the kids are playing bowling, but the first for Mak. It was at the same place; The Gallery at the `original' Washington.

In the end, everybody enjoyed the time, except Aisyah who felt that 3 games were too much for the day! Well, next time we'll do just 2.

Care to comment?


Tuesday, 6-Nov-2007 23:22 Email | Share | | Bookmark
Autumnwatch

 
 
 
View all 6 photos...
Colours on the trees....




ello2 testing2, kakchah x online dah ke?? Mon 7-Jan-2008 08:13
Posted by:PakChu ahmad_syawqi@yahoo.com
gambar tahun baru tak ada ke..... Tue 8-Jan-2008 16:50
Posted by:babah yayan
...antara yg terkini di http://www.flickr.com/photos/kruskal_wallis/ Wed 9-Jan-2008 14:18
Posted by: k w
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 16-Oct-2007 20:37 Email | Share | | Bookmark
Dari dapur Kak Cah IV

Cookies ni Ahnaf buat kat sekolah.
Homemade pizza.
Made to taste.
View all 8 photos...
Bila dah jemu makan kari,
Cubalah pula lain masakan.
Ada pilau, pizza, dan tandoori,
Cokodok juga jadi pilihan.



sedapnya cengkodok tuh
dahlama tak makan si ceng tuh
Tue 16-Oct-2007 22:27
Posted by:dOd  - [Link]
NEC, mana gambar raya.....takkan tak ada..... Mon 22-Oct-2007 13:36
Posted by:babah yayan
Add comment


Tuesday, 16-Oct-2007 20:23 Email | Share | | Bookmark
Dr Khairul

Beriani
Upside down pineapple pudding. Obviously.
Baulu. Or Buah Hulu.
View all 8 photos...
Alhamdulillah, saudara Khairul telah ber'title' Dr. Sebelum beliau balik ke Kota Baghu, kami jemput iftar dan makan malam. Selepas ini tak tahu lagi bila boleh bertemu. Semoga Dr Khairul terus sukses dalam tugas beliau di Kuale Trengganung...

Care to comment?


Tuesday, 16-Oct-2007 20:10 Email | Share | | Bookmark
Dari dapur Kak Cah III

Stim pau atas dapur elektrik.
Produk pilihan turun temurun.
Dijamin ketulenannya.
View all 9 photos...
Hari ini kueh pau menjadi pilihan. Intinya kaya atau kelapa manis. Siapa kata pau Tanjung Malim paling sedap?

mana dapat periuk tingkat tuh? Wed 17-Oct-2007 03:01
Posted by:awang besar

- periuk tingkat tu pusaka seorang sahabat dari kelantan.
Wed 17-Oct-2007 08:41
Posted by: k w
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.